LATAR BELAKANG SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN - SEMAKAN DISEMBER 2018
A. VISI DAN MISI KOLEJ KOMUNITI
VISI
Menjadi peneraju Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional serta Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat
Menjelang 2025.
MISI
Membangun komuniti setempat
sebagai tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih untuk memenuhi tuntutan dunia
pekerjaan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dan
Pembelajaran Sepanjang Hayat.
B. PENGENALAN
Pada masa
kini, perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah menyumbang
kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai
tugas. Berdasarkan senario ini, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti berusaha
merancang dan mengadakan program Sijil Pengoperasian Perniagaan bagi
menghasilkan pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri di dalam bidang
tersebut. Pelajar berpeluang mempelajari segala ilmu yang berkaitan dengan
perakaunan, kewangan dan perniagaan secara teori dan praktikal bagi memastikan
mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut. Selain
daripada itu, program ini turut menawarkan Latihan Industri bagi memastikan
pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan. Bukan sahaja kemahiran
teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan
pelajar untuk pasaran industri.
C. SINOPSIS
Program
Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar
mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara
amali dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan. Dengan pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan
pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi. Antara lain,
program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
berkaitan dengan:
- Penyediaan rekod-rekod perakaunan daripada dokumen sumber dan seterusnya menyediakan Laporan Kewangan berpandukan kitaran perakaunan yang lengkap.
- Pengendalian kos pengeluaran, buku tunai runcit, dan penyata aliran tunai dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib dalam melaksanakan tugasan.
- Melaksanakan aktiviti sokongan pemasaran, pengiklanan, promosi jualan dan sokongan jualan dengan betul dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik yang sesuai dan tertib dalam melaksanakan tugasan.
- Melibatkan diri dalam pembangunan maklumat dan keusahawanan.
- Menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas keusahawanan di dalam bisnes secara professional dan beretika.
- Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa merancang dan melaksanakan tugasan.
- Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat dan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.
- Menyampaikan pengetahuan bagi isu kotemporari dan mengenal pasti keperluan bagi pembelajaran sepanjang hayat.
- Berkomunikasi secara berkesan, bersikap professional dan bertanggungjawab di dalam persekitaran kerja berkumpulan.
D. PROSPEK KERJA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian perniagaan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pengoperasian perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian perniagaan, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :
- Penyelia Operasi.
- Penyelia Jualan
- Penyelia Sumber Manusia
- Pembantu Pemasaran
- Perunding Perniagaan
- Kerani
- Usahawan dalam sektor perniagaan
E. OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN
- Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara.
- Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif serta mengurus maklumat dengan baik melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan etika kerja serta tanggungjawab sosial.
Comments
Post a Comment